Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPermohonan Pas Media

​Permohonan Pas Media

Negara Brunei Darussalam mengalu-alukan kedatangan media seperti wartawan dan jurugambar ke negara ini. Jabatan Penerangan, melalui Unit Perhubungan Media, akan memudah cara permohonan media yang berhasrat untuk membuat liputan, produksi atau penerbitan di / mengenai Negara ini.

Bagi tujuan ini, media boleh memohon Pas Media dari Jabatan Penerangan. Permohonan akan diproses oleh jabatan setelah diluluskan oleh Jabatan Perdana Menteri. Jabatan boleh memohon penjelasan lanjut daripada pemohon atau agensi pencalonan jika perlu.

Semua wakil media dikehendaki melampirkan:

 

1. Salinan pasport yang memaparkan maklumat dan tarikh mansuh

2. Satu salinan digital gambar berukuran pasport berwarna

3. Pas Media atau Perakuan Akhbar yang dikeluarkan oleh agensi masing-masing

4. Surat Tugasan

5. Surat kebenaran/  kelulusan daripada agensi berkaitan (Kementerian atau Jabatan di Negara Brunei Darussalam seperti Jabatan Kemajuan Pelancongan untuk tempat-tempat menarik; Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) untuk penggunaan drone; dan lain-lain)

6. Senarai Peralatan (khususnya bagi media asing)

 

Borang yang lengkap hendaklah diserahkan ke alamat berikut dua (2) minggu sebelum ketibaan anda:

Pengarah,

Jabatan Penerangan,

Pejabat Perdana Menteri,

Kompleks Lapangan Terbang Lama, Berakas, BB 3510,

Brunei Darussalam

E-mel: mediaservices@information.gov.bn


Pas akreditasi hendaklah diambil di Unit Perhubungan Media, Jabatan Penerangan sejurus ketibaan di Negara Brunei Darussalam.

Semasa di Negara Brunei Darussalam, petugas media adalah dikehendaki untuk mematuhi undang-undang dan peraturan di negara ini. Jabatan Penerangan berhak untuk menerima atau menolak permohonan, atau menarik balik akreditasi jika perlu.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: +673 2383400 sambungan 141 atau e-mel ke: mediaservices@information.gov.bn

 

Untuk mendapatkan salinan Borang Permohonan Media, sila tekan di bawah:




Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Unit Perhubungan Media
Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri
Tel: (673) 2383 400 no. ext 141​
Email: mediaservices@information.gov.bn